10 April 2011

Kemelut Perkahwinan


Pengacara Jimmy Shanley Norjahan Shah Saleh,30, enggan mengulas mengenai ikatan perkahwinan yang dibina dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy,24, yang dikatakan semakin rapuh apabila dia dilihat muncul di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor, Isnin.

Jimmy dalam satu kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada mStar Online berkata, dia tidak dapat memberi sebarang komen kerana mahu menjaga hati keluarga mertua dan pihak-pihak tertentu berhubung perkara terbabit.

“Saya tahu isu rumah tangga saya masih ramai yang buat spekulasi. Saya minta maaf kepada semua wartawan. Bukan saya tak mahu kongsi masalah ini tetapi saya harus jaga nama naik keluarga mertua dan pihak-pihak tertentu,” katanya, Isnin.

p/s: baru kejap menonton Melodi, menitisnya airmata seorang lelaki yang bergelar suami kerana mendapat tahu yang isterinya pregnant dan sampai ke hari ni dia tidak dibenarkan menyentuh kandungan tersebut. Dengar gosip dia dibayar untuk menceraikan isterinya. Dan malam pertama beliau, isterinya lebih mementing keluar bersama teman daripada suaminya..Apakah yang terjadi???? Dah nampak something wrong di awal perkahwinan beliau. Info dari melodi hari ini. Siap papar gambar isterinya di pub lagi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...