19 April 2011

I'm Lovin'it !!


Ahad lepas husband aku belanja McD. Dah lama tak makan McD. Dia belanja pun sebab dia jadi juara tarik tali. Ada la rezeki sikit selain makan gaji je.

Duk kat bandar ni kena la pandai cari site income. Berbalik pasal tarik tali tu, dia terkejut jugak la camne boleh juara. Padahal dah lama dia tak turun training semenjak aku berpantang ni.

Tengok team yang lain semua badan mak oi..besar-besar belaka. Macam takde harapan je nak menang. Tapi rezeki berpihak pada team husband aku. Alhamdulillah.

Hujung bulan ni ada game lagi. Tak tau la dia join ke tak. Kalau nak masyuk, kena la join kan. Kalau ade rezeki untuk menang lagi, boleh la belanja kami anak-beranak lagi.

Dulu hobi dia banyak habiskan duit. Ye lah dok main kereta kontrol. Nak kena beli minyak la, kereta rosak nak kena repair la. Semua nak kena keluar duit. Bila dah tukar hobi main tarik tali ni, boleh la masyukk sikit.

Sangat-sangat bersyukur tiap-tiap game tarik tali ni kebanyakkan team dia selalu juara. Dan tak sedap telinga, kalau dah asyik jadi juara, ada la team lain iri hati. Adat permainan, ada kalah ada menang. Kalau dua-dua menang, takde la yang kalah betul tak?

Husband aku bukan main sekitar KL je, merata tempat dia pergi. Johor, Melaka, Labuan dan byk lagi.

Biasanya team husband ni memang training tiap-tiap hari walaupun takde game masa terdekat. Kalau diorang ni dapat info ada perlawanan kat mana-mana kan senang, tenaga tu dah ada. On je la.

Tu la sikit nak cerita pasal hobi husband aku ni.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...