25 April 2011

Hujan Semalam

Korang perasan tak semalam hujan sangat. Angin mak ai jangan nak kata la. Boleh melayang kalau aku duk kat luar ni. Aku nak citer apa yang berlaku di kawasan perumahan aku ni.

Semalam ada la dengar bunyi sesuatu yang jatuh. Aku ingatkan bunyi meja makan kat kedai makcik bawah blok ni, tapi bukan. Cari punya cari bunyi apa yang kuat tu, aku cuba terjah dari bilik aku. Oooo..rupanya bunyi atap dari atas dewan tu jatuh kat atas atap kedai makan makcik tu.

Laki aku dok risau dengan kereta dia kat parking. Sebab dia parking kereta dekat dengan dewan tu. Manalah tau ada atap jatuh ke. Risau punya risau dek kata hati tak tenang, dia gi turun tengok kereta.

Alhamdulillah takde apa-apa yang berlaku. Kereta molek je. Tapi ada satu kereta ni hampir-hampir nak kena kereta dia sebab ada satu dahan besar tumbang sebelah je dengan kereta dia. Haa..nasib baik tak kena kereta. Kalau tak $$@#$$...

Nak bagi tau kawan-kawan semua, memandangkan sekarang musim hujan, jangan lah parking dekat dengan pokok ye. Bahaya tu. Buatnya pokok tumbang atas kereta, camne nak gi keje.

Dan bila memandu kereta di dalam hujan tu, hati-hati la memandu ye. Jangan laju-laju. Nanti break tak makan lak. Silap haribulan tuan kereta kena makan...(apa yang aku ngomong ni,...hentam je) tapi korang faham apa yang nak aku sampaikan tu sudoh le.

2 comments:

  1. mmg ribut smlm..smpt snap gmbr hujn tu..tp lum ksmptn utk update dlm blog..ade pokok tumbg..dpn rumah aku..dkt ngn bilik aku lk tu..sib x hala ke rumh..

    ReplyDelete
  2. aku nak angkat kain pun takut, sib baik husband aku ade. aku rasa cam nak terbang je, kuat benor angin nye tuh..tu baru duk tkt.4, kalau duk atas lg, camne la gamoknye..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...