14 April 2011

Aku Dah Bosan

Korang bosan ke tak? Ce citer kat aku ni. Korang tak bosan kan sebab korang nampak alam yang luas terbentang dan indah ciptaan-Nya. Tapi aku masih disini. Ye masih disini, terperuk kat rumah setelah sekian lama. Tapi sekarang aku dah boleh keluar menikmati alam yang indah itu.

Hari ke? Bukan hari ni aku boleh keluar. Husband aku keje la. Nak keluar mana kan. Weekend nanti la. Sabar ye aku. Esok dah jumaat. Sabtu atau ahad boleh la keluar mengirup udara yang segar kat luar sana. Asyik duk intai dari jendela rumah je. Apa kes??

Kes apa nya. Aku kan duk pantang ha. Tapi sekarang aku dah happy la. Tempoh pantang ku dah habis. Aku berjaya menamatkannya ke final. Huh!!! Lega nya aku. Weekend ni boleh la pusing putrajaya. Kot2 ada pembaharuan ke kan. Ado ke?

Boleh ke pasaraya cari stokin baby. Stokin baby banyak dah tak muat. Kaki dah besar. Lagipun stokin baby memang ada sikit je. Semua kecik-kecik je yang ada. Yang besar mana tah aku campaknya. Kan dah kena beli balik. Ha..letak lagi merata, kan dah tak jumpa. Pastu nak cari baju baby sikit. Balik-balik pakai yang tu je. Jemu gak aku tengoknya. Mana tak nya. Semua baju abang dia yang dia pakai. Mau tak jemu aku dibuatnya.

Baju baru ada sehelai je ha. Tu pun adik ipar yang bagi. Sian baby ada sehelai je baju baru. Tapi kan aku duk runsing ni, bab taska la apa lagi. Aku dah booking tapi takut takde kosong da. Kalau takde, ke kampung la jawabnya baby ni. Taknak..taknak..taknak!!!

p/s: aku ingin bebas seperti burung...boleh gi jauh...sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...