18 April 2011

6 Tahun Yang Lalu


Tanggal 18 April 2005 aku lapor diri di Kementerian Kewangan Malaysia. Penempatannya takde lagi, so aku dan kawan-kawan lepak kat perpustakaan selama hampir sebulan. Hari-hari baca buku, majalah, suratkhabar dan segala apa yang ada dalam perpustakaan. Maklum la takde keje lagi masa tu.

Tak lama kemudian, penempatan pun ada. Aku kena wat cukai la wei. Walaupun tak tau apa-apa sangat pasal cukai ni. Takpe boleh belajar kan. Mencari ilmu di mana-mana aje. Sehingga sekarang aku masih disitu. Kat bahagian cukai tu aku duk seksyen antarabangsa. Cam la pandai sangan omputih. Belasah je.

Bila angkat fon kebanyakkannya omputih call. Bla..bla..bla..aku hentam je la mana yang aku tau. Tapi kira ok la duk seksyen ni, boleh imrpove skill dalam bahasa omputihnya. Dapat la belajar sikit2.

Bukan tu je, taip surat pun kebanyakkan dalam bahasa omputih. Puas lah aku buka google translate, nak wat ayat punya hal. Nasib baik bos aku tak nampak. Tapi aku suka duk sini, tak banyak keje berbanding kawan-kawan aku yang lain, dok taip/fotostat tak henti-henti.

Tapi keje aku lain daripada yang lain. Aku dok copy dokumen yang beratus2 helai, walaupun bukan hari-hari. Diorang duk fotostat surat pengecualian je. Nak dipendekkan cerita, memang keje aku lain la dari diorang tu.

Kadang-kadang aku kena keluar ofis, gi ambik bendera. Bendera apa pulak la nya?
Aku duk jaga DTA. U know DTA? DTA is Double Taxation Agreement. Omputih akan datang sini atau bos-bos aku akan ke oversea untuk wat DTA ni. Bestkan jadi bos leh ke oversea. Tapi kena cukup ilmu la, yo la tahap pendidikan diorang tinggi, lain la aku ni cuma SPM je.

Berbalik pada bendera tu, aku akan ambik bendera negara diorang nak diletakkan atas meja meeting. (habis dah citer pasal bendera). Bukan DTA je aku buat, FTA jugak. Apa pulak la FTA tu? FTA is Free Trade Agreement lor. Seme main ngan omputih belaka. Ambik nak ngko.

Dan selama aku berkhidmat, aku dah dapat anugerah khidmat cemerlang (APC). Syukur dengan apa yang telah aku terima. Ok la cukup takat ni je. Panjang lebor dah bercerita. Fokus!!!!

Kesimpulannya ialah dah lama rupanya aku dok buat keje yang sama je.Dok bosan ke??

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...