18 March 2011

Terima Kasih Ibu...

Selamat pagi Jumaat, penghulu segala hari. Syukur ke hadrat Illahi kerana usiaku masih panjang dan masih boleh berblog lagi hari ni. Hari ni dah masuk hari ke-19 aku berpantang. Pantang ke??? Harus la kan!!

Hari ni jugak mak dan adik aku balik kampung. Baru je lagi, dalam pukul 9 pagi tadi gerak dari rumah. Naik bas Transnasional kat Putrajaya Sentral. Tiket pukul 9.30 pagi. tapi takleh gak ikut waktu kat tiket tu, kadang2 driver ni belasah je nak jalan pukul berapa pun. So, kena la datang seawal yang boleh. Disebabkan aku tengah berpantang, husband aku je la gi hantar.TQ ye. Semoga mak dan adik selamat sampai ke destinasi yang dituju dan perjalanan dilindungi oleh-Nya.

Semalam punye citer, disebabkan mak aku ada senang sikit la nak bertungku tu. Mak boleh jaga baby Aqil dan aku boleh bertungku tanpa ada gangguan. Hari-hari yang akan datang, takde la dapat merasa begitu lagi. Bertungku pun tak tentu masa la. Main hentam je.

Banyak ubat-ubatan yang mak bawa dari kampung seperti makjun, akar kayu dan ubat makan (apa ke nama nya pun tak tau la). Sebab kat sini tak tau nak cari ubat-ubat camtu. So, kena import dari kampung jugak. Selama ni minum air masak dan air manis je, jadi sekarang kena banyak minum air akar kayu la pulak..Ermmm..takpe tak rasa apa-apa pun. Bedal je. Bab ubat-ubatan susah sikit la, sebab aku ni mudah sangat lupa nak makan. Nak wat cam mana, umur dah meningkat, asyik lupa je. Takpe, time ingat je makan, kalau dah tak ingat nak makan camne kan..Kan..Kan..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...