17 March 2011

Semalam Di Malaysia


BERDIRI ampuh sejak era 70-an, D'lloyd, kumpulan Indonesia yang turut menempa nama di Malaysia dan Singapura bakal kembali lagi ke negara ini membawa momen indah menerusi Konsert D'LLOYD Semalam di Malaysia.

Istimewanya, sekian lama tidak bertemu peminat tempatan, buat julung kali kumpulan yang popular dengan lebih 100 album hits itu bakal beraksi di Istana Budaya selama tiga hari, bermula 6 hingga 9 Mei ini.
Pentas berprestij itu akan menjadi gelanggang betapa kuasa muzik dan dendangan D'lloyd masih unggul untuk terus memancing perhatian peminat tegar serta kelompok pengikut baru.

D'lloyd kini dianggotai Bartje Van Houten (pemain gitar/ketua kumpulan), Yuhanny Fatmarida Susilo (Yuyun/flute), Syamsuar Hashim (Sam/Vokalis), Chairul Daud (Khairul/dram), Candra Chasmala (keyboard) dan Uce F Tekol (Tooto/bass).

Persembahan gah ini juga menjadi menifestasi perjuangan tanpa henti D'lloyd selepas lebih lima dekad mengabdikan diri dalam arena muzik sekali gus dianggap sebagai lagenda hidup yang menjadi ikon kepada band lain.

Bagai ditakdirkan, keserasian mereka membuahkan ganjaran ditambah kebolehan Bartje selaku pencipta lagu dengan garapan vokal lunak Sam hingga sampai suatu tahap setiap dendangan mereka menjadi kegilaan ramai!

Siapa mampu melupakan lagu malar hijau yang masih menjadi siulan hingga kini seperti Keagungan Tuhan, Tak Mungkin, Oh Di Mana, Cinta Hampa, dan Mengapa Harus Jumpa.

Lebih istimewa, mereka juga bakal berkongsi pentas dengan teman seperjuangan yang juga penyanyi yang tidak asing lagi dikalangan peminat muzik Malaysia, Datuk Ahmad Jais. Konsert ini akan dipimpin oleh En. S.Atan, pengarah muzik. KONSERT D'LLOYD Semalam di Malaysia dibawakan khas oleh Massa Frequency.

Tarikh: 6-9 Mei 2011
Masa: 8.30 Malam
Lokasi: Istana Budaya, KL

p/s: Best nya kalau dapat gi tengok D'lloyd ni. Suka betul aku kat lagu Cinta Hampa tu.. Best Bangat LOL!!!!! I like..bebeh

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...