20 March 2011

Nista

Ibaratnya keladi
Dedaunan dibasahi
Tak meninggalkan kesan
Tiada pernah memperdulinya
Tetap sama

Begitulah dirimu
Seluruh kasih ini
Perlahanku curahkan
Tapi kau tidak memperdulikan
Tiada nista

Merayu... takkan ku merayu
Ketika diri dihina
Sanggup kau memalukan aku
Dalam sepiku tak berdaya

Hibaku merasa
Merintih... takkan ku merintih
Biarlah diriku ditawan
Ku tahu di sebalik nista
Ada satu hikmah menanti ku

Biar... biarkan ku sendiri
Melalui hidup ini
Hingga akhir hayat nanti

Biar... biar sinaran bercahaya
Menyinari alam ini
Kan bertemu kebenarannya

Ibaratnya keladi
Dedaunan dibasahi
Tak meninggalkan kesan
Tiada pernah memperdulinya
Tetap sama

p/s: saya sangat suka lagu ni. Dan kadang-kadang saya menantikan sesuatu yang dah pasti tiada lagi. Saya tunggu album baru dan album duet dia, tapi mimpi je la. Sebab dia dah pergi wat selama-lamanya. Kalau nak dengar lagu dia, hanya boleh dengar lagu lama-lama dia je. Memang aku ni fans giler-giler kat dia. Mana show dia wat kat Pahang, aku mesti gi sebab masa aku tak keje kat sini lagi, aku duk lepak kat rumah je masa tu.

Al-Fatihah... wat dia

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...