16 March 2011

Lemah..Lesu

2 hari kebelakangan ni aku tak leh nak tido siang, gara-gara 2 orang anak aku tu tak tido. Kalau budak 2 orang ni tak tido, aku pun tak lena nak tido. Takut diorang ni main macam2. Panjat2 gril la. Aku takut. Baik mencegah dari mengubati. Betul tak. Tu pasal mama dia tak leh pejam kan mata walaupun tersangat la mengantuk. Ambik kesempatan bila baby tido, mama pun nak tumpang tido sekali. Tapi, mama tak dapat gak nak tido disebabkan 2 orang itu.

Badan pun rasa lain macam je. Panas sejuk, panas sejuk cam nak demam pun ada. Tulang-tulang pun rasa lenguh-lenguh. Pingang sakit dan macam-macam lagi la.Buat itu buat ini, penat badan aku. Kalau tak buat, semak la mata menengoknya. Apa-apa pun kena buat jugak. Tak sampai hati lak nak suruh husband buatkan. Balik keje pun tengok dia penat je. Takpe la selagi aku larat, aku buat.

Rasa-rasanya aku ni perlukan assistance wat sementara waktu la. Ada ke? heheheh...Muka aku sekarang pun pucat semacam. Takut tengok muka sendiri kat cermin. Macam ?????

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...