05 March 2011

Luahan Sanubariku

Sangat2 lega, bila memikirkan sesuatu yang kutunggu telah kulaluinya dengan penuh sabar dan tenang. Dulu, sebelum baby keluar, aku memikir bagaimana sakitnya nak beranak sebab semua itu telah kulalui 4 tahun yang lepas.

Memang cukup berbeza rasanya. Dari layanan doktor/jururawat pun sangat2 berbeza dari tempat yang pernah aku pergi. Anak 1st aku bersalin di HTAA Kuantan, anak 2nd di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh dan anak 3rd ni di Hospital Putrajaya. Tak tau la kenapa aku rasa layanan di HTAA dan Hospital Temerloh sangat baik layanannya berbanding di Hospital Putrajaya. Jauh sekali bezanya.

Dari adab dan tutur bicara sangat2 kurang sopan di Hospital Putrajaya. Sebelum pernah dengar dari kawan pasal hospital ni, tapi nak try la bersalin kat sini. Dan ternyata semua ungkapan itu benar belaka. Insyaallah kalau ada rezeki, aku dah tak nak bersalin kat sini.

Semua itu aku lalui dengan sabar. Cukup la sehari je di hospital ni. Tak sanggup nak tunggu lama2. Sangat2 membosankan apabila diri aku tak dipedulikan langsung. Jengah pun tidak, apakan lagi bab makanan pun boleh lupa kat aku. Tunggu punya tunggu, takde makanan. Nasib baik aku mengadu kat husband yang aku ni sangat2 lapar dan dahaga ketika itu.

Selepas aku husband aku tanya kat petugas di kaunter pendaftaran, baru la aku dapat makanan. Tapi disebabkan aku berkecil hati, aku dah tak selera nak makan. Mana taknya, aku tunggu dari petang, takkan takde makan petang. Rupa2nya diorang lupa nak bagi kat aku dan kawan aku yang sorang lagi satu bilik dengan aku. Petugas tu bagi tau ape kat husband aku "bukannya pukul 6 dah makan ke!!". Husband aku cakap mana ade makan. Sedangkan masa tu dah pukul 8 malam. Patut la aku lapar sangat2. Diorang oleh lupa. Sabar je la.

Pastu satu kes lagi, doktor bagitau kalau anak dah kencing berak boleh balik rumah memandangkan katil full masa tu tapi tak balik2 jugak hari tu. Esok tu balik, disebabkan semua doktor busy. Anak aku dah kencing berak dalam pukul 1 tgh hari. Ikutkan dalam petang boleh kuar dari hospital tu, tapi doktor tinggal janjinya begitu saje. Time tu aku sangat2 tertekan dengan keadaan yang berlaku. Sampai hari ni aku masih tak boleh lupa kejadian itu. Harap2 doktor/jururawat di hospital tu boleh beri perkhidmatan yang terbaik selepas ni.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...