26 March 2011

Konsert Hore-Hore Aznil


Konsert Hore Hore yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa berjaya menghiburkan lebih lapan ribu pengunjung yang hadir.

Pada acara tersebut Aznil berjaya menyampaikan lebih 20 buah lagu termasuk lagu-lagu popular Allahyarham Sudirman seperti Hujan, Apa Khabar Orang Kampung, Pulang Dari Kilang, Dari Kerana Mata, Aku Penganggur dan Salam Terakhir.

Selain itu, segmen bersama penonton sangat menghiburkan apabila gelagat Aznil bersama beberapa penonton yang dijemput naik ke pentas mendapat perhatian penonton yang hadir.

Konsert berdurasi dua jam itu juga menampilkan beberapa artis undangan seperti Saiful Apek, Zahid Af2, Ana Raffali, Altimet, Adik Haziq dan Lan The Typewriter.

p/s: malam ni nak layan koonsert hore-hore paknil kat Astro. Mesti best giler kan kawan-kawan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...