24 March 2011

Kenangan Silam


Ce citer... ce citer!! Apa kebendanya kenangan silam tu. Seram..takut...fobia.. semua ada dalam kepala ni. Pengalaman yang tak bisa aku lupakan sewaktu aku keje kat pasaraya di kuantan.

Hostel tu berhadapan je denga tempat keje aku. Biasa balik sorang-sorang aku tak kisah. Lepas kejadian tu, tak berani dah balik sorang-sorang. Kang kena culik baru tau. Ni bukan kes culik, saje-saje gtau.

Suatu malam (x ingat dah bila), aku dan kawan aku (zara) balik dari minum kat Restoran Alif (kedai mamak yang glamer kat tepi Berjaya Megamall tu). Tak ingat lak pukul berapa masa tu. Takde la tengah malam sangat pun. Biasa la gi ngeteh ngan member2.

Aku dan zara siap je minum terus nak balik hostel. Dengan rancak berborak, tiba-tiba ada sorang mamat duk menyorok kat lorong itu. Dia wat ape, tau tak? Mamat ni nak ragut kami. Masa tu aku terpandang kat lorong tu, nampak cam ada orang. Mamat tu terus je kejar aku ngan zara. Apa lagi keluar la suara tarzan. Aku lari lintang pukang dah masa tu. Tak ingat dah zara ada dengan aku. Aku tinggal je dia. Mau tak nya, mamat tu kejar kami dengan pisau dan topeng beb. Aku taknak mati lagi.

Lari punya lari, kat depan tu pulak ada seekor anjing. Bertambah takut lak aku ni. Takut kat mamat ye jugak, anjing ni pun wat nya kejar aku..mati la aku. Dengan selambanya aku lari la jugak. Kang kena kerat lapan belas kang, sape nak jawab. Tapi cian kat zara, masa dia lari dengan seberapa pantas, tiba-tiba dia jadi superwomen..Dia jatuh kat longkang kecik beb!! Cian kat dia. Nasib baik mamat tu tak buat apa-apa kat dia. Mamat tu dengar kitaorang menjerit kuat, mamat tu apa lagi...Lari la. Geng-geng kami kan ramai kat hostel tu..Laki ada, pompuan pun ada.

Rupa-rupanya mama ni bukan datang sorang je, ada member dia tunggu kat motor. Ishk..ishk... Nasib baik member keje aku ada kat belakang. Dia nampak la mamat tu lari menuju kat motor.

Tercungap-cungap aku lari naik hostel. Tambah lagi satu kejutan pulak tu. Masa nak naik tangga hostel tu, terkejut gile aku ingatkan mamat tu kat tangga hostel, rupa-rupanya member hostel aku duk lepak kat tangga. Apa lagi aku pun menjerit la. Member aku pun tanya la kat aku nape aku lari. Sume member laki pompuan turun hostel masa tu. Sebab dengar kami menjerit. Aku citer la, aku dan zara kena kejar dengan mamat ni.

Pastu member aku tanya, mana zara nya? Haah la..zara ada kat belakang tadi. Tak lama tu zara pun muncul. Siap marah lagi kat aku, sebab aku tinggal dia. Dia bagitau yang dia jatuh. Dengan semputnya nafas di dada, aku cuba jugak la citer slow2 kat member aku. Pastu dia dah tak bagi kami jalan ber2 da. Memang aku dah surrender dah..Takut dah..Fobia pun ada.

Keesokan hari, balik keje malam mesti ada teman. Menggigil dah aku. Nak demam pun ada masa tu. Tiba-tiba kekecohan berlaku di tempat keje aku. Maklum la pasaraya besor, orang ni duk citer, orang tu duk citer pasal aku dan zara kena kejar dengan peragut. Tup tup bos besar dapat gak berita ni. Terus je aku dan member2 tak boleh keluar malam dah..hahahahaha.

p/s:Nasib baik sehingga ke hari ni, nyawa ku masih ada. Mana kawan2 keje aku tu, rindu la kat kamu sume.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...