07 March 2011

Cepatnya Masa Berlalu...

Pejam celik pejam celik baby dah berusia 8 hari. Terasa cepat la pulak. Aku pun dah 8 hari dalam dunia berpantang. Lambat lagi nak habis pantang. Dok makan benda sama je. Takpe..kena sabar.

Dan hari ni my husband dah start keje balik setelah dapat cuti isteri bersalin selama seminggu. Hari ni pulak dia cirit birit sebab gi kenduri kawan tarik tali dia semalam. Tapi dia gi jugak la keje sebab dah seminggu tak keje.

So, tinggal aku, Afiq dan Aqil je kat rumah ni. Afiq pun cuti 90 hari cam aku jugak. Tak payah bayar taska.hehehe..Nampak gayanya semua keje aku kena wat sorang-sorang la memandangkan husband aku dah keje.

Kekadang terfikir jugak apa dah jadi kat partition aku kat ofis tu. Semak tak?? Harus la rasanya sebab tuan punya badan takde kat tempat kan!!! Cam mana keadaan tempat bila ditinggalkan selama 90 hari. Haru biru kot jadi nya...Apa pun aku rindu sangat kat partition ku itu...Muahhhhh!!!:)

p/s: kepada yang datang melawat aku, TQ ye..Kak Aina, Baiti, Ain, Zue, Liya n (member husband aku)...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...