04 March 2011

Berpantang

Hari ni hari ke-5 sesi berpantang. Waaa..tengok iklan tv, terliur pizza..Adat la kalau berpantang, memang cam gitu la. Lambat lagi nak habis berpantang ni. Masih banyak hari lagi nak tunggu.

Berpantang kali ni memang sangat2 berbeza dari yang dulu. Dulu ada orang masak kat aku, tapi sekarang kena wat sendiri je. Nasib badan la, sebab aku berpantang sendirian kat Putrajaya. Minta-minta la mak datang cuti sekolah nanti.

Menu harian masa berpantang ni tak lain dan tak bukan adalah segala yang bakar2 je. Ikan bakar sudah semestinya. Pastu masak sayur sawi. Dan ditambah dengan lada hitam (wajib). Sempoi je kan. Lepas ni nak cari kunyit hidup dan ulam pegaga wat minuman harian.

Nampak gayanya setakat ni, bertungku ala kadar je. Sebabnya, time nak bertungku, time tu la baby nangis. So, kena stop bertungku. Bila nak settle menyusukan baby, tungku pulak dah suam-suam kuku, dah tak panas. Apalagi, kena panaskan balik la. Nasib baik minggu ni husband ada. Minggu depan husband dah start keje balik, tak tau la cammana. Apa pun yang terjadi, aku tetap kena bertungku, tak kisah pukul berapa pun. Janji aku bertungku.hehehe


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...