12 March 2011

Apa Citer Kat Luar Sana

Assalamualaikum..wbt.

Dah lama aku tak keluar rumah. Apa citer kat luar sana ye kengkawan sume? Aku hanya mengitai dari tirai jendela je melihat keadaan luar. Rindu sangat nak jalan-jalan. Jalan sana jalan sini. Hari ni dah masuk hari yang ke-13 aku berpantang. Nampak muka baby pun dah cam tembam je. Banyak hari lagi aku kena lalui untuk menghabiskan masa pantangku.

Cuti sekolah pun dah mula. Tak tau la mak aku jadi datang atau tak? Kalau mak datang, boleh la mak tengok belon panas kat sini. Mesti mak teruja. Aku dah call mak semalam. Macam jawapan yang tak happy je. Mak tak tau lagi datang ke tak. Disebabkan semalam hujan lebat kat kampung, air sungai naik. Dah banjir sikit tapi tak kena kat rumah mak lagi. Yang tu mak risau nak datang rumah aku, takut rumah mak naik air.

Tapi takpe la kalau mak tak jadi datang. Aku sihat je. Baby pun sihat. Sume sihat la. Mak jangan risau ye. (mood kecewa):( Tengok la kalau habis pantang nanti aku balik la kampung. Sume tak sabar nak jumpa baby baru ni. Keluarga aku mahupun belah mertua tak tengok lagi baby baru. Nanti kami balik ye.

(Fikiran bercelaru)

Memikirkan kat mana la tempat nak letak baby aku ni kalau kat taska ofis takde kosong. Walaupun lambat lagi aku naik keje, hari-hari aku dok memikirkan hal ni. Aku dah booking tapi tak sure la ada tempat ke tak. Harap-harap ada la. 1 hal lagi kes anak ke-2 aku si Afiq ni, orang admin cakap kalau tak hantar anak ke taska pun kena bayar. Tapi kena bayar RM50 je la. RM50 tu besar jugak nilai nye disebabkan aku bercuti 3 bulan mau aku kena bayar kat taska tu RM150. Ada ke patut. Tak hantar pun kena bayar.

Dulu tak cam gini. Kalau hantar separuh bulan kena bayar separuh je. Kalau tak hantar langsung memang tak kena bayar sesen pun. Tapi sekarang dah lain. Yuran dah naik. Hantar tak hantar kena bayar jugak. Fening kepala aku.

Naik keje nanti kena standy RM630 la jawab nya. Untuk (pendaftaran baby RM100 + bulan Jun RM200) + (Afiq) Bulan Jun RM180 + RM150 Bulan Mac-Mei =RM630. Tak patut, tak patut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...