27 February 2011

Ulang-Alik Hospital

Tadi dah check kat hospital. Nampak gayanya baby tak nak keluar lagi melihat dunia yang tersergam indah ini. Belum masanya lagi kot. Tapi tadi memang lama kat hospital walaupun orang tak ramai. Tengok yang lain semuanya dah settle, tinggal aku je kat katil sorang diri.

Disebabkan baby aku terlalu aktif, 2 kali aku kena wat check (graf baby). Pastu kena masuk air pulak tu..Aduiii sakitnye tangan kena masuk jarum. Takleh nak wat ape, memang keje doktor.

Nak wat graf baby tu makan masa dalam 3 jam. Uisshh lama bebenor. Patah pinggang aku dok baring kat katil je. Tapi kepala baby aku memang dah kat bawah, cuma tunggu masa je nak keluar.

Lepas settle wat graf baby setelah doktor berpuas hati menengoknya, aku kena gi bilik sebelah lak wat scan. Nak tunggu doktor masuk bilik tu makan masa dalam 15 minit gak. Ke kiri ke kanan aku mengiring kat atas katil menunggu doktor masuk. Sakit pinggang aku dok baring lama-lama. Scan punya scan, jalan masih 2cm dan berat baby 3kg katanya.

Memandangkan hari ni due date aku, tapi baby tak nak keluar lagi, doktor bagi tarikh baru iaitu 7.3.2011 kena datang balik ke hospital dan terus masuk wad bersalin. Minta-minta sebelum 7.3.2011 aku dah sakit, tak nak la kena paksa.

So, dah settle semuanya, aku pun boleh balik rumah.Stanby je.Yuhuuuu

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...