18 February 2011

Stok Makanan

Semestinya kat tempat mesti ada stok makanan. Kalau lapar je leh pusing belakang ambik je apa yang ada. Buka untuk orang lain, untuk aku je tau. Roti dan air masak memang wajib ada kat situ.

Kalau ada roti mesti ade jem nya sekali kan. So, aku stanby jem strawberi dan nutella untuk disapu kat roti. Takkan nak makan kosong je. Betul tak? Yang lain-lain tu ade yang kawan bagi. Baiknya kawan aku..Lagi-lagi kak erna selalu bagi buah anggur. Sayang kak erna. Berderet tu air mineral wat stok. Haus je, aku teguk.

Tak cukup lagi tu, aku standy air masak dalam jug sekali. Baru puas. Mug mesti ade sekali, takkan nak minum air dengan jug pulak. Tapi mug ni memang kena duduk kat tempat tak boleh letak kat pantry. Merana nak buat air nanti.

Bila nak guna mesti takde. Kena kebas dek orang. Kalau sehari dua leh tahan lagi. Ni berbulan-bulan wat harta. Susah tuan punya mug nak wat air, terpaksa pakai mug orang lain lak. Nasib baik mug aku tu lain daripada yang lain. So, hilang senang nak cari. Ku terjah sana sini. Dah banyak pengalaman, bila nak wat air selalu mug takde dalam pantry, aku wat keputusan untuk letak kat tempat aku je terus. Senang..kan


p/s: kuih donut tu beli kat mama cafe..tau tak kat mana..kat bawah blog rumah je. Kedai yang ramai pelanggan. Orang kelantan punya masakan. Ade nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang dan macam-macam lauk tengahari..Weekend pun full tau. Nasi kerabu terbaik..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...