23 February 2011

Semakin Hari, Semakin Hampir

Sebelum bersalin ni, banyak la aku post entri. Tengok la selepas bersalin nanti, silap gaya mau seminggu 1 post je agaknya. Kita tengok nanti camne. Nak tanya korang sume, mesti korang sume tengok aku cam biasa-biasa aje kan. Korang tau tak, sebenarnya aku ni dah tak larat. Kaki ni dah tak boleh melangkah. Sakit urat kaki, pinggang segala bagai ada. Disebabkan takde tanda-tanda bersalin lagi, aku gagahkan lagi diri aku ni untuk datang keje. Ikutkan hati, nak je aku relax kat rumah. Tapi sayang cuti maaaaaaaa. 20 hari setahun mana cukup. Sekurang-kurangnya 30 hari kira ok la. Betul ni, aku tak main-main..I'm serious!!!

p/s: harap-harap korang sume doakan semoga aku selamat bersalin ye. Sebab aku rasa lain macam je. Tak pernah rasa sakit yang teramat sakit sebegini. Ye la, masa mengandung 2 orang anak aku tu, takde pun rasa sakit camni. Tu yang aku risau. Moga panjang umur, itu yang kuharapkan. (Ia sentiasa bermain difikiran). Anak aku pun selalu cakap "taknak mama mati". Ni kes dia tengok citer kat tv, yang orang bersalin tu mati. Sebab tu dia cakap camtu. Budak-budak kalau tengok tv, mesti diorang ingat jalan citer. Betul tak? Bila dia cakap camtu, aku mula la berdoa hari-hari, moga panjang umur.

3 comments:

  1. kak ina
    aku doakan ko n baby selamat ye. .
    sok klau x larat cuti jew la ok :)

    ReplyDelete
  2. gd luck 4 yr 3rd baby...may god blessing your journey in the labour room..smooth!take a rest beb!gv time 2 yr kids

    ReplyDelete
  3. tq...moga doa kamu itu dimakbulkan..memang kena bnyk rest skrg ni. Nanti tak cukup oksigen lak..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...