25 February 2011

Penantian Belum Berakhir..

Aku masih disini (dirumah). Menanti dan terus menanti kehadiran orang baru dalam keluargaku. Tetapi tiada apa-apa kontraksi lagi. Cuma bleeding sikit je. Tak banyak pun, tapi kerisauan melanda aku pergi la Hospital Putrajaya pagi tadi. Nak check kalau2 jalan dah buka. Tunggu punya tunggu, mak oi ramainya orang yang nak bersalin. Dari Banting pun ada. Kalau dari Putrajaya tu no hal la kan. Macam-macam kes aku dengar, sambil menunggu doktor scan aku.

Kesnya: Adalah sorang minah ni (warganegara asing) datang kat hospital ni untuk daftar anak dia yang baru berusia 1 bulan. Nak dipanjangkan citer, rupa-rupanya minah ni bersalin sendiri kat rumah dia tanpa pertolongan sape-sape. Dialah yang gunting tali pusat baby dan sambut baby.Maybe dia sorang diri kat rumah. Dah sebulan baru nak cari hospital nak bagitau yang dia dah bersalin. Alkisahnya minah ni dari selayang. Nun jauh disana, sanggup datang kat hospital putrajaya coz hospital lain taknak layan dia. Lagipun aku dengar dia takde passport. Melenting jugak la doktor kat hospital ni. Tapi aku tak tau citer selanjutnya pasal minah ni diterima tak daftar anak dia kat hospital ni coz aku dah nak balik time tu.

Berbalik kes aku lak ye, mula-mula sampai kat dewan bersalin, aku dah nampak kat atas meja kaunter tu tulis FULL. Aku dah agak dah. Apa-apa pun aku cuma nak gtau kes aku tu je, coz doktor boleh tangok dulu camne. Lama gak la kat hospital ni. dari pukul 8 pagi hinggalah pukul 12 tgh hari baru siap. Masa doktor check aku, dia gtau jalan baru buka 2cm, so boleh balik dulu. Lagipun memang takde katil pun kalau nak menunggu kat situ. Lagipun aku tak sakit-sakit lagi. Biar aku duduk kat rumah je.

Masalahnya sekarang, aku tak ta bila pulak nak gi hospital ni balik. Sampai sekarang masih takde sakit-sakit. Risau jugak aku dibuatnya. Takut apa-apa akan jadi kat baby dalam perut ni. Yelah kita tak nampak kan. Minta-minta la ada kontraksi. Sikit-sikit pun jadi la. Baru la aku boleh gi semula kat hospital tu. Lain la aku pandai check jalan tu sendiri. No hal la.

Tapi tu la, dengar citer pengalaman kakak-kakak di ofis, dia kata kadang tak sakit pun boleh bersalin jugak. Bertambah risau aku. Anak -anak aku sebelum ni semuanya ada keluar tanda-tanda (air ketuban pecah). Yang ni cuma bleeding sikit je. Ye sikit sangat-sangat. Maybe, esok kot aku ke hospital balik kalau malam ni takde sakit-sakit lagi.

Moga Allah mempermudahkan urusan aku tu. Amin..

1 comment:

  1. lain anak lain cara bersalinnya,klu dah terlebih hari tu mmg kena prg hptal,jgn tunggu lagi.byk2 sabar .......

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...