21 February 2011

Minggu Yang Mendebarkan

Minggu ni merupakan minggu due date bersalin aku. Sangat mendebarkan aku walaupun ni anak yang ke-3. Walaupun aku tak mabuk teruk diawal kehamilan aku, tapi kali ni sakit sangat. Maybe banyak urat-urat dah putus kot..Hehehehe..

Due date aku 27hb ni, tapi tak tau la leh caye ke tak. Date tu ikut scan dari doktor. Silap gaya baby kuar awal atau lambat je la. Beg yang nak dibawa ke hospital dah lama get ready kat dalam bonet kereta. Dan aku dah bersedia bersalin bila-bila masa aje. Harap-harap ada la katil kat aku dalam hospital putrajaya nanti.

1st time nak bersalin kat hospital putrajaya. Anak pertama bersalin kat Hospital Ampuan Afzan Kuantan dan anak kedua aku bersalin kat Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh. Anak ketiga ni memang terpaksa bersalin kat Putrajaya memandangkan anak sulung aku dah bersekolah.

Masa gi klinik minggu lepas, aku gi dengan anak aku yang si girl tu la. Ponteng fardu ain petang tu. Dia gatal-gatal badan masa tu. So, aku bawa la dia sekali jumpa doktor ambil ubat. Masalahnya aku kena Q dua tempat. Kaunter ibu mengandung dan pesakit luar. So, lambat la aku balik. Settle semua tu dalam pukul 5 petang.

Bercerita pasal anak sulung aku tu, dia macam bad mood bila aku bagitau dia yang dia akan dapat baby boy. Dia sangat mengharap dapat baby girl. Dah pilih nama pun. Suka-suka je nak letak nama puteri...Ishk..ishk..Dia cakap ape "nanti kalau kakak tengok keluar baby girl siap la doktor".(tak caye doktor anak aku ni).Yang anak boy aku ni pun dah pilih nama. Dia nak nama sama dengan anak kakak aku. Aku dah cakap mana boleh nama sama. Susah nanti nak nenek dia nak panggil. Layan je la. Wat masa ni aku tak pilih lagi nama yang sesuai. Memang tak fikir lagi pasal nama.

Yang aku risau sekarang ni sakit nak bersalin nanti dan sapelah nak bagi semangat kat aku dalam labour room. My husband sibuk jaga anak. Nampak gayanya aku sorang-sorang la menahan kesakitan tu. Camne la agaknya. Tak pernah lagi kat labour room sorang-sorang. Tawakal je la. Harap-harap aku dan baby selamat. Baby sihat sempurna dah cukup baik. Minta dijauhkan perkara yang tak diingini berlaku. Tak tau la kali ni bersalin normal ke operate. Harap-harap normal la seperti sebelum ni.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...