22 February 2011

Mana Oksigen ni?

Help me plzzz!!! Nape aku tercungap-cungap je ni. Rasa cam dihujung nyawa je. Maybe kepenatan kot kemas pantry sorang diri. Kalau tau jadi cam ni, aku biar je pantry ku bersepah. Tapi tak boleh, mataku sakit tengok bersepah.

Sikit je lagi nak siap. Boleh ke aku sambung lagi 10% petang ni. Dah cakap ngan kak aina. Kak aina nak tolong sebab aku takleh nak tunduk-tunduk. Aku terpaksa minta bantuan kak aina. Tapi aku dah semput la ni. Cam ne ni.Tapi sikit je lagi ni. Minta-minta ok la. Kalau boleh nak siapkan hari ni jugak.

Lepas ni sape yang menggatal tangan wat sepah siap la. Aku tak teragak-agak nak kunci pantry ni. Dah lama bersabar ni. Sib baik kunci pantry ni takde je. Nampak gayanya aku kena beli kunci sendiri. Sebab kat pantry ni diorang ingat ade orang gaji kot. Letak je cawan dan segala bagai atas sinki tu, nanti orang gaji cucikan. Boleh bla...

p/s: ingatkan nak jual suratkhabar hari ni, tapi tiada kesempatan pulak. Tapi kalau boleh kena jual sebelum aku bersalin. Habis lak nanti s/khabar aku di jual orang lain. Aku yang kumpul, orang lain lak yang kaya. Duit tu memang aku cadang nak beli barang pantry. Sabun, span dll. Selalu tak berkesempatan nak beli, ada je orang tanya "jual tadi dapat berapa"..pastu minta la pulak duit tu..siut je kan. Kita yang penat mengumpul, orang lain lak nak duit tu. Tension aku.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...