14 February 2011

Layan Gambar di Karnival Wow Putrajaya 2011

Mula-mula kenalah cari parking dulu kan, baru la boleh ngulor kat karnival ni. Betul tak? Aku park kereta kat ofis, tu pasal aku letak gambar ofis. Lagi pun ofisku kan cantik dan unik. Settle parking, baru leh ngulor. Dapat la snap gambar upin ni dan pakcik yang sedang kusyuk menganyam mengkuang untuk di jadikan gambar hiasan. Cantik sangat.

Pastu snap gambar kuda je. Al-maklum lah pregnant takleh la naik kuda ni kan. Kang jadi apa2 kan susah nanti. Ambik gambar je lah. Satu lagi tu gambar stage untuk konsert WOW. Ramai gak la artisnya seperti Mila, Amy Search, Awie, Mawi, Ramli Sarip, Hujan Band dan ramai lagi. Tapi aku tak gi tengok pun sebab malam tu ade rancangan SITI. So aku takkan lepaskan peluang tengok SITI.

Kat Booth Ferrari. Dan gambar aku kat bawah blok menanti enjin kereta panas.

Ifa Raziah tu kat Booth Ferrari dan Lamborghini. Orang emas pun ada.

Snap gambar anak kat Booth Ferrari dan gambar aku kat F1 Powerboat.

Ni kat galeri lukis melukis. nak cuba boleh gak. Free je.

Bergambar dengan kereta antik.

Banyak barang yang kena pegang. So, gambar jadi tak cantik.hehehe


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...