12 February 2011

Kisah Anak Aku

Semalam punye citer la ni. Anak girl aku nak tak nak gi fardu ain da. Menangis tersedu-sedu. Aku pun tanya dia, nape tak nak gi fardu ain.

Aku: Nape kakak nangis?

Anak: Kakak tak nak gi fardu ain.

Aku: Nape tak nak pegi nya. Ustazah marah kakak ke?

Anak: Ustazah tak marah pun. Kakak suka gi sekolah pra je (prasekolah).

Aku: Habis petang kakak nak duduk mana, mama gi keje.

Anak: Kat sekolah pra cikgu bagi keje sekolah bawa balik rumah. Kat fardu ain ustazah tak bagi keje bawa balik rumah. Kakak suka buat keje sekolah. Takpe lah kakak duduk rumah sorang2 je. Kakak tak takut.

Aku: (wat suspen je anak aku ni). (Aku ingatkan ustazah marah kat dia, rupanya itu je sebab dia tak nak gi fardu ain). Tak pe nanti mama gi tau ustazah suruh bagi keje fardu ain bawa balik rumah ye.(terpaksa kelentong sunat).

Anak: Mama gitau ustazah, kakak suka buat keje fardu ain kat rumah. Kakak rajin.

Aku: (mood dia dah ok). Ye la, nanti mama gtau ustazah.(kelentong lagi)

p/s: bebudak sekarang ni macam2 ragam la. layan je la. Ni kes aku ajak anak aku tengok program ASTANA@Astro Ria yang hos dia tu Kak Nita Sarawak. Bila dia tengok rumah besar2, dia kata nak beli rumah macam tu. Aku pun cakap kat dia "kakak kena belajar rajin baru boleh beli rumah cam tu"...Itu sebab la dia jadi cam tu..Mesti kena rajin..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...