24 February 2011

Interaksi Dengan Anak

Macam-macam hal la anak girl aku ni. Selalu hot. Macam-macam ragam. Tiap-tiap hari bertengkar dengan dia. Hari ni punye citer, sampai je kat rumah lepas ambil dia dari sekolah. Aku terus je turun dari kereta. Aku nampak dia panggil aku dalam kereta tu. Tapi aku wat tak tau je. Dia wat kemalasan dia dah. Dia nak suruh orang buka pintu kat dia. Aku wat dek je. Pastu laki aku gi buka pintu kereta, tengok air mata dah meleleh. Dia membebel kat aku.

Anak: "mama, kan kakak suruh buka pintu, nape mama tak buka?"
Aku: kan kakak ada tangan, buka la sendiri.
Anak: kakak suruh mama yang buka.
Aku: kakak ade tangan ke takde, nak tuhan ambil tangan kakak ke?
Anak:(dia membebel lagi) hari tu papa suruh kakak ambil barang, kakak ambil je. Papa pun takde tangan.Lain kali papa ambil sendiri, jangan suruh kakak.(papa dia dah terkena jugak tempias)
Aku: lepas ni wat sendiri-sendiri je. (Aku pun hampir-hampir terkena gak dengan anak aku tu). Sib baik dia cakap pasal papa dia je.

Bebudak zaman sekarang, kalau kita cakap 1, 10 dia jawab...Emmm layan jo la.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...