13 February 2011

Ikan Hiasan Damaikan Minda

Angelfish

Ia dikenali sebagai ikan angel atau Pterophyllum Sclare. Badannya berbentuk pipih dan hujung mulutnya tajam. Ikan ini berasal dari Amerika Selatan. Ia boleh membesar sehingga 15 sentimeter. Ia sesuai dipelihara secara berkumpulan.

Ikan Emas

Ia dikenali sebagai goldfish atau nama saintifiknya Carassius Auratus. Ikan ini berasal dari negara China. Ikan ini adalah satu daripada ikan terawal yang dipelihara sebagai ikan hiasan. Ikan emas boleh membesar sehingga 59 sentimeter dan seberat 4.9 kilogram. Ia boleh hidup sehingga 20 tahun. Ia begitu popular diseluruh dunia seperti di China, Jepun, Portugal, Eropah, Amerika Utara, Amerika Syarikat dan banyak lagi. Malah di negara China dan Jepun ia menjadi ikan hiasan yang menghiasi istana dan menjadi kegemaran raja.

Ikan Gupi

Ia dikenali sebagai ikan seribu atau nama saintifiknya Poecilia Reticulata. Ikan gupi adalah satu daripada ikan air tawar yang paling popular sebagai ikan hiasan. Ikan gupi berasal dari Brazil, Guyana, Venezuela dan Carribean. Ia mula diperkenalkan di negara-negara Asia untuk mengawal populasi nyamuk terutama Aedes. Ia membesar sehingga 7 sentimeter.
Ikan Pelaga

Ikan air tawar ini sememangnya cantik dan sering menghiasi akuarium. Namun tabiatnya suka bergaduh. Sebab itulah ia tidak boleh diletakkan bersama ikan-ikan lain. Ia berasal dari Sungai Mekong, Thailand. Ia boleh membesar sehingga 6 sentimeter.

Ikan Koi

Ia sejenis ikan kap dan banyak dipelihara sebagai ikan hiasan kerana sifatnya yang lemah lembut. Ikan ini hampir sama dengan ikan emas dan juga dari family yang sama. Namun saiznya lebih besar. Ikan ini berasal dari Jepun. Ia membesar sehingga 35 sentimeter.

Ikan Kelisa

Ia dikenali sebagai ikan arowana atau ia juga dipanggil Dragon Fish atau Bony-tongued Dragon oleh sesetengah masyarakat cina. Ia berasal dari Amerika Selatan, Afrika dan Australia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...