15 February 2011

Hero Lagi..

Semalam cam biasa la xtvt check up lagi kat klinik Putrajaya. Lama gak la duk kat klinik ni sampai kul 5 ptg baru settle. Fuhh!! Ramainya orang. Mula-mula biasa la kena register dulu kat kaunter pendaftaran. Masa menunggu dalam 20 minit gak la. Pastu test urin dan hb. Lama gak duk kat makmal ni. Dah settle gi bilik misi lak. Aku tanya misi " due yang mana 1 saya nak tengok ni, ada 2 due"? Dia pun pening. Pastu terus je dia transfer aku jumpa doktor untuk scan untuk kali ke-2. Baru la semalam aku tau jantina baby aku. Rupa-rupanya hero lagi. Apa-apa pun aku tak kisah sangat sebab dah ada sepasang. Yang ke-3 ni tak kisah la baby ape pun janji sihat dan lahir sempurna cukup sifat.

1st time scan masa mula-mula buka buku. Masa tu kandungan dah 23 minggu. Kena bebel skit je la sebab dah anak ke-3.

Bertolak dari rumah pukul 2 lebih la. Ala lebih sikit je dalam 2.05 ptg. Sebab jalan kaki. Depan rumah je kan. Tengok2 dah ramai kat kaunter pendaftaran. Biasa la hari isnin.

Ni carta baby menunjukkan kandungan aku sudah 38 minggu. Tunggu masa je ni. So, dari scan tu dapat tau la due sebenar aku adalah 27.2.2011. Tak lama dah kan baby nak keluar. Aku pun dah planning awal2 nak cuti bersalin 90 hari..Selamat tinggal keje.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...