18 February 2011

Hati Panas

Hari ni nak citer pasal pantry je. Otw nak balik keje dalam kul 5 petang, aku mesti lalu kat pantry. Sebab aku ikut lif utara nak turun 1st floor (taska) nak ambik anak. Memang tiap-tiap hari la aku lalu kat pantry tu. Sambil-sambil lalu aku sempat menjenguk keadaan pantry sebelum balik. Memang dah tugas aku sebagai seorang PIC.

Hari ni aku nak marah sangat pasal kes hi-tea la. Time orang ajak makan, tak nak datang awal. Bila orang nak balik ko baru nak makan. Kalau basuh takpe gak bekas-bekas tu. Ni nak gak suruh PIC yang basuh. Sungguh kejam orang itu lagi-lagi diperlakukan kepada ibu mengandung ni ha.

Kalau setakat makanan tinggal secubit je dalam bekas tu, basuh aje la. Memang dah takde orang lain nak makan. Time aku membasuh tadi, ko borak-borak. Kalau tak sempat gak aku membasuh 2-3 bekas lagi tu. Memang aku tak harap pun korang basuh. Dah lama dah aku duk ofis ni. Memang bab makan cepat je. Bab basuh HampeH!!.

Ye..ye je aku berdoa dalam hati minta2 meja makan tu clear, tapi doa tak dimakbulkan. Aku cuma tengok dari luar pantry je. Panas hati betul la. Dah la esok lusa cuti. Isnin nanti mau busuk pantry aku. Rasa nak kunci je pantry ni.

Mana lah kesedaran diorang ni, bukan budak kecik lagi. Pelik bin Hairan betul aku. Ada gak manusia cam ni. Kalau tuan punya badan baca blog aku ni okey gak. Maybe diorang ingat lepas diorang makan aku masuk pantry tu balik nak membasuh..Sorry ye!! Sudah time untuk balik takdenya aku nak membasuh lagi. Wassalam..

p/s: sekian untuk cerita pasal pantry.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...