24 February 2011

Hati Bikin Panas..

Tengah hari tadi, aku gi Anjung nak settle segala hutang piutang dengan my husband. Lama gak cari parking. Full memanjang. Rasanya dah habis awal aku kuar tadi dalam pukul 11 pagi. Ingatkan banyak parking. Hampeh je.

Dah settle semuanya, tengok jam dah dekat pukul 12 tengah hari. Alamak anak aku dah nak balik sekolah. Sampai kat parking kereta, hangin seluruh badan. Ada orang block kereta aku. Dengan tarik handbreak dan tak letak nombor telefonnya. Aku agak mesti kereta orang pompuan ni. Tunggu lama gak, tapi tak keluar-keluar jugak tuan punya kereta ni. Laki aku mundar-mandir masuk Anjung nak cari tuan punya kereta. Dia masuk kat dalam Bank Islam je, kat tabung haji dia tak terjah pulak.

Rupa-rupanya makcik (tuan punya kereta) tu, keluar dari tabung haji. Tengok jam dah 12 lebih. Risau jugak la, anak aku mesti dah keluar, tapi aku tak sampai-sampai lagi. Nampak je makcik tu menuju kat kereta dia, laki aku marah-marah la kat dia. Dia boleh senyum-senyum je, dah la tak minta maaf. Ishkk..poyo je makcik ni. Dah 2 kali kejadian ni berlaku kat Anjung. Tension betul dengan situasi camni.

**makcik yang aku maksudkan tu bukannya cik mucux..hehehhe sebab cik mucux pun keluar dari tabung haji gak tadi..Cik mucux pelawa aku naik kereta dia, sebab dia nampak kereta aku kena block. Tapi aku tolak pelawaannya sebab aku bukan nak balik ofis, aku nak balik rumah...hehehe..TQ cik mucux pelawa aku tadi ye.

p/s: lambat aku post entri ni...banyak pulak surat keluar hari ni..pastu gi binding..Bos nak gi Paris minggu ni...Bos sorang lagi ade kat Korea (meeting). Bos lagi lagi ade seminar. Dan lagi lagi..2 orang bos aku baru balik dari Chile..Wah meriahnya..

1 comment:

  1. ishh makcik 2 suke2 dier jew pttnye clam jew kete dier. . baek tol ci mucux 2 erk :)
    hihihihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...