21 February 2011

Nak Jadi Cikgu Hari Ni

Hari ni tetiba nak ngajor peribahasa. Tangan ni gatal je nak menaip. Ok la murid-murid semua, kita mulakan yer peribahasa kita (mood jadi cikgu lak pagi ni).

  • Bagai kacang direbus satu - Melonjak-lonjak kegirangan kerana mendapat untung.
  • Bagai jawi terkurung siang - Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang.
  • Bagai jampuk kesiangan hari - Kebingungan, termenung-menung.
  • Bagai inai dengan kuku - Sangat karib
  • Bagai air titik ke batu - Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.
  • Bagai haruan di dalam tuar - Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah.
  • Bagai harimau beranak muda - Orang perempuan yang terlalu bengis.
  • Bagai hantu makan dedak - Bersungut-sungut dengan tiada tentu sebabnya.
Sekian, pembelajaran kita hari ni, Terima Kasih.
(mood boring di kaunter pagi isnin..hua..hua..hua)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...