21 February 2011

Apa Akan Jadi??

Apa akan jadi dengan partition dan pantry aku nanti bila aku cuti bersalin 90 hari. Ni yang bermain dek fikiran aku. Hari tu aku cuti 2 hari time bebudak nak start sekolah pun dah macam ape je. Habis tong sampah aku. Dengan takde plastik sampahnya, pastu ade pulak air busuk kat dalam tong sampah tu. Sampai hati diorang wat kat aku cam ni. Tapi cam tau je sape. Selalu jadi cam tu. Time balik tong sampah clear je, tapi bila datang pagi esok bertambun polistrin makanan. Jatuh dari syiling kot. Yang peliknya diorang ni suka buang kat tempat aku. Pastu kat tempat aku berbau la. Macam-macam perangai manusia.

Sampai sekarang pantry ku tak dikemaskan lagi. Sempat ke nak kemas ni. Macam dah terasa nak bersalin je. Tu satu hal. Ni satu hal lagi risau apa akan jadi kat partition aku. Adakah akan berubah setelah aku naik keje dari cuti bersalin nanti. Menjadi kerisauan betul. Kot-kot ade orang lain pulak duk kat tempat aku ke. Mana lah tau kan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...