21 February 2011

Air Tangan Suami

Ni sume bahan pakai hentam je. Aku suruh my husband letak je apa-apa jangan nak tengok resepi. Reka sendiri. hehehhe..(Jahat je bunyi nya kan, macam dera suami je) Janji sodap..Sume ni semua main bakar-bakar je. So, takde nama resepi. Hentam je nak panggil apa ayam ni.

Ni je yang aku masak. Sebab my husband tak makan sayur bendi ni. Aku dan anak girl aku je yang makan. Lagi pun senang nak bersalin nanti kalau makan sayur bendi ni. Aku goreng simple je.

Ayam ala Chicken Kabsah (Restoran Saba'). Nak bagitau lagi sekali. Sume makanan ni tak ikut resepi. Main belasah je. Nak jadi Chef Wan, main reka-reka je. Yang penting Sodap.

Ikan Siakap ni my husband bakar tapi macam stim la pulak. Tapi rasa ikan ni macam aku makan kat sebuah restoran di Bangi. Tak ingat apa nama restoran tu. Ni pun main hentam je resepi nya.

Ohh!! yang ni anak aku main ratah je. Nasib baik my husband bakar daging ni banyak. Kalau tak mesti tak sempat nak makan dengan nasi. Daging bakar cicah kicap..Emmm sedap.

p/s: lepas ni makan ikan bakar je la. Tapi ikan terpilih je yang boleh makan (dalam pantang nanti). Makan pulak dengan lada hitam perghhh!!! Dah lama tak makan cam tu.
4 tahun lepas aku makan masa pantang anak boy aku. Tak boleh nak makan sedap-sedap la time pantang nanti.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...