17 February 2011

99 Speedmart Putrajaya DiBuka

PENGENDALI rangkaian pasar mini 99 Speed Mart Sdn Bhd (99 SpeedMart), mensasarkan pembukaan 34 cawangan baru pasar mini itu yang membabitkan pelaburan lebih RM13 juta di Lembah Klang menjelang akhir tahun ini.

Pengurus Besarnya, Quek Teng Hiong, berkata ketika ini syarikat memiliki 236 cawangan pasar mini berkenaan di Lembah Klang termasuk terbaru di Presint 9, Putrajaya.

Beliau berkata, syarikat mempunyai matlamat bagi menyediakan kemudahan beli-belah yang paling hampir kepada masyarakat setempat bagi mendapatkan barangan keperluan tanpa perlu bersusah payah ke pasar raya.

“Lebih menarik 99 Speedmart menyediakan pelbagai barangan keperluan dengan harga yang kompetitif dan berpatutan.

“Berdasarkan itu, syarikat meletakkan margin rendah supaya pelanggan dapat membeli barangan dengan harga lebih murah,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian cawangan baru 99 Speedmart di Presint 9, Putrajaya, kelmarin.

Perasmian disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK), Datuk Rohani Abdul Karim pada 12 Februari 2011 (Sabtu).

p/s: sebelum gi carrefour hari tu aku dah gi ke 99 speedmart ni. Saje nak survey harga. Kebetulan masa tu nak beli sabun debu. Memang 99 speedmart jauh lebih murah harganya berbanding carrefour. Barang lain tak sempat survey lagi.

Ni alamat 99 Speedmart Putrajaya:

T.001-U.01, No.1, Jalan P9E/1, Presint 9, Putrajaya (sebelum ni Perodua punya tempat daa). Persaingan hebat dengan Pasaraya Darussalam la jawabnya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...