23 February 2011

6 Mac 2011

Mana yang suka bab-bab politik ni mesti tau ni tarikh apa kan? Ya betul..Tarik pilihanraya kecil bagi Dun Kerdau dan Dun Merlimau. Aku ambil pot sikit sebab Dun Kerdau tu kat Pahang. Aku kan anak jati Pahang, so aku menggatal tangan la nak tulis pasal politik hari ni. Aku ambil pot untuk Dun Kerdau je ni, Dun Merlimau aku tak kisah sangat.

Agak-agak sape la menang. Calon BN dah ada, calon Pas tak tau lagi sape. Tapi setahu aku kat Pahang ni sama-sama kuat. BN dan PAS sama ramai je. Serasa akulah mesti BN menang. Confident ni. Nape? Ntah la, tak tau nape. Sejak 2 menjak ni, mana-mana pilihanraya mesti BN menang kan. Layan je la. Dan satu perkara yang tak boleh dielakkan adalah pergaduhan parti. Ni mesti akan terjadi nanti. Kita tunggu dan lihat je ye.

Satu hal lagi nak gtau korang sume, hotel-hotel dan homestay sekitar Temerloh dah full ye. Ramai dah buat tempahan awal. Apa lagi, rate hotel pun naik la. Untung tauke hotel kan. Mana taknya, letak je harga berapa-berapa pun, diorang sanggup bayar untuk pilihanraya ni.

p/s: Harap-harap pilihanraya ni berjalan dengan lancar, adil dan tidak berlaku kekecohan yang melampau. Dan yang penting sekali, terfikir-fikir jugak la, ada ke bantuan kewangan/bonus untuk tahun ni. Mana tak nya, awal tahun dah banyak habis duit. Hujung tahun mau kering..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...