27 January 2011

Minyak Masak


Wat suspen je tajuk tu. Tetiba tulis pasal minyak masak. Al-Kisah pagi tadi kat klinik time check up. Datang la sorang student International Medical University (IMU) duk kat sebelah aku. nak tanya beberapa soalan la katanya. Aku pun terima la kehadiran dia duk kat sebelah aku untuk menjawab beberapa pertanyaaan yang mana aku boleh jawab la.Tak banyak pun soalan student ni tanya.Ciput je!!Sebelum jawab soalan, aku kena isi nama, no.ic dan sign.

Antara soalannya ialah:
  1. Usia kandungan?
  2. Bilangan anak?
  3. Bilangan orang yang tinggal serumah?
  4. Pendapatan keluarga?
  5. Perbelanjaan makanan untuk 1 bulan? Dan soalan terakhir..
  6. Dari pagi hingga malam semalam, apakah yang aku makan?
Settle jawab semua soalan tu, student ni pun kasi la aku minyak masak cap buruh 1kg. Alhamdulillah murah rezeki aku hari ni. Itu la kisah yang dikongsikan pasal minyak masak tu. Dan satu hal lagi nak gtau kengkawan sume apabila tengok result hb aku tadi udah naik walaupun tak banyak. Janji naik kan!! Dari 9.4 ke 10.1.Berkat minum susu kambing (Hi Goat) dan ambik obimin.


Lagi pun aku beli Hi Goat ni dengan harga ahli. Jarang peniaga jual produknya dengan harga ahli betul tak??? Kalau ade pun berapa orang la sangat. Dia siap bagi name card lagi kalau nak beli barang.Call je bila2 masa..Sume produk dijual dengan harga ahli.I Like!!!Kes peniaga ni kasi name card dia kat aku coz aku tanya dia produk2 selepas bersalin seperti mandian herba dan mcm2 lagi la.

Sebelum ni aku tak pernah terfikir pun nak beli mandian herba selepas bersalin ni, disebabkan anak ketiga ni aku berpantang kat Putrajaya je. Sebab anak dah sekolah, malas nak ponteng2. Dulu boleh la berpantang kat kampung coz anak2 tak sekolah lagi, sume benda ada kat kampung. Nak daun tu, daun ni sume ada kat belakang rumah. Petik dan rebus. Tak payah nak beli2 da. Bila berpantang kat Putrajaya ni susah sikit la nak cari daun2 tersebut untuk wat mandi serum.So, beli je la yang dalam paket.

Terbayang gak camne la aku berpantang tanpa mak disisi. Boleh Ke? Cam tak confident je. Tapi nak wat camne mak keje, mak mertua lak sakit terlantar kat katil je. So, how? Tunggu cuti sekolah la agaknya dapat ditemani oleh mak. Antara aku balik kampung atau mak datang Putrajaya.

Boleh ke mak aku percaya kat aku bila berpantang kat Putrajaya ni!! Lagi2 time nak bertungku pagi2 buta. Mak ada kat sebelah pun aku leh tertido, inikan bertungku sorang2. Silap gaya batu tungku pun tak dipanaskan. Heheheh..Insyaallah, minta2 la aku dijauhkan dari perkara itu. Kalau tak buat, badan sape yang sakit. Badan aku jugak yang sakit kan!!Harap2 sang suami dapat membantu aku semasa aku dalam berpantang.(tak dapat la sang suami gi training tarik tali)..Padan muka. Sang suami kena wat keje rumah.

p/s: sikit je pasal citer minyak masak ni, pasal pregnant je yang lebih. So, layan je la.

1 comment:

  1. Salam
    Nak HiGOAT harga ahli contact saya k

    http://www.susuhigoatpower.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...