10 December 2010

Suatu Ketika Dulu...(Bhgn.2)

2 gambar CT pegang mic tu tahun 1997. Hari Keluarga Perodua. Dan dengan baju putih tu jugak la aku jumpa CT dalam perjalanan aku dan kawan2 nak ke sekolah. Masa tu jumpa kat Kg. Berkat, Maran, Pahang. Umur aku masa tu baru 14 tahun. Yelah kami gi sekolah jalan kaki dalam 20 minit. Mau tak penat. Tapi dah biasa. Kebetulan pulak masa tu salah sorang kawan aku berhenti kat pangkin depan rumah sedara CT. Tak ingat lak nape kawan aku berhenti kat situ hari tu. Kami semua pun berhenti jugak la. Tapi masa tu kami tak tau pun tu rumah sedara CT. Bila aku terpandang di jendela rumah tu, aku pun cakap la kat sorang kawan aku "budak tu muka macam CT la". Kawan aku pun tengok. "Memang CT la, bukan macam lagi, dah memang CT". Masa tu CT tengah cakap ngan phone. Tiba2 dia lambai tangan. Sah dah memang CT. Tak lama tu kuar lak Abg Ayie (abg CT) kat pintu. Kami semua terus pandang tempat lain..Muka garang beb. Mau kami semua paling tempat lain. Tak lama tu CT gi kat Kami..Mood kami masa tu memang dah nak ponteng sekolah. Masa tu sekolah sesi petang. CT cakap dia ada show kat Kuantan, so dia singgah la dulu kat situ. Kami pun cakap la kat CT, kami nak ponteng la. CT suruh gak kami gi sekolah sebab dia kata jap lg dia dah nak gi Kuantan. Kami pun kuar la buku merah (peraturan sekolah) utk ambik autograf..Tapi sampai sekarang tak jumpa buku tu. Dulu signature CT lain. Skrg dah lain. Aku ingat lagi camne signature CT yang dulu.

Gambar aku, CT, saerah, arwah ayah CT dan member
aku tu lak di ambil pada tahun 2000.

Kebetulan jumpa CT jatuh pada hari lahirku..Happy sangat!!

Gambar ni di ambil masa aku keje kat Reject Shop Alamanda, Putrajaya.
Sempat keje dlm 6 bulan je pastu terus dapat surat tawaran dari MOF.
Pe lagi, aku terus berhenti la keje kat sini. Seronok keje kat sini. Ramai artis datang..
Antaranya ialah Farah Deeba (NLKO), Pengacara&Penyampai Berita RTM, Ann Ngasri,
Fahrin Ahmad, Amy Search, Ako Mustafa, Rosyam Nor dan ramai lagi la.

Haa.. ni pulak gambar kat Bangkok, Thailand. Tak banyak pun ambil gambar masa tu.
Dressing pun ntahapaapantah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...