21 July 2010

Sejarah Tenun Pahang DiRaja

Dipercayai berasal dari Riau Atau Sulawesi. Dibawa ke Pahang pada abad ke 16 Masihi. Diperkenalkan oleh seorang Pembesar Bugis yang menetap di Kampung Mengkasar dan dikenali sebagai Tuk Tuan (Keraing Aji).

Corak Tenun Pahang DiRaja
Terdapat sebanyak 27 rekacorak dan 4 Muka Kain Tradisional antaranya :
Corak Anak Lebah Corak Tapak Catur
Corak Batang Pinang Corak Dato Mahmud
Corak Jalur Biasa Corak Mengiring
Corak Bunga Chengkih Corak Bunting Padi
Corak Biji Peria Corak Cindai
Corak Pahang Corak Limar
Corak Tun Razak

Menjadi Seni Warisan Kraftangan Negeri Pahang sejak 2 Abad yang lalu. Diperkenalkan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak pada penghujung tahun 1960. Tertubuhnya Pusat Tenun Pahang yang pertama di Pulau Keladi, Pekan.

Bermula dari tahun 1995 sehingga kini PKNP telah mengambil inisiatif untuk memaju dan membangunkan semula Tenun Pahang DiRaja bagi memastikan Kain Tenun Pahang DiRaja. sentiasa kekal sebagai Warisan Seni Negeri Pahang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...