23 July 2010

Hadapi Dengan Tenang

Apa-apa yang kita lakukan seharusnya kita perlu ingat pada yang Maha Esa. Pelbagai cabaran dan dugaan perlu kita tempuhi. Dalam bersahabat pun kita perlu berhati-hati untuk memilih kawan. Jangan tersilap pilih sudah. Macam-macam ragam berlaku disini. Apa-apa pun kita harus telan kepahitan itu. Ingat Allah pasti hidup akan tenang. Dan yang penting SABAR..Disebabkan dia pengaruh besar disini, semua akan tunduk kepadanya. Walau apa jua kesalahan yang dilakukan, semua membisu untuk memperbetulkan apa yang salah. Aduhai!!! Layan je lah ragam mereka ini. Perangai manusia memang tak boleh berubah. Sikap benci membenci dan mencemburui seseorang biasa berlaku di mana-mana tempat. Aku tidak terkecuali dari di benci oleh orang itu. Walaupun kebenaran berpihak padaku tapi dia seolah-olah tak boleh terima apa yang berlaku. Cukuplah!!!Aku dah penat melayani karenah manusia seperti itu. Dan kadang-kadang terfikir dimanakah kawan dia sewaktu dia telah melakukan kesilapan. Sorang pun tak berani membuka mulut untuk menegur kesilapan itu. Semua tiba-tiba jadi bisu dan kaku. Kalau ditegur rasanya mau melenting dia..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...