26 June 2010

Tahun 90an Punye Citer

Gaban

Gaban ni bukan spesis hantu raya macam Ultraman. Jadi dia tak memperturunkan kuasa menjadi Gaban tu kat orang lain. Lagipun letih jadi Gaban ni sebab asik nak kena masuk dalam ruang angkasa setan jee kan. Mujur ada pedang Laser Gaban Z potong dua. Kalu pikir-pikir balik apsal dia tak guna masa awal-awal lawan musuh yekk.. mesti ikut timing huhu.. Walau camanepun kalau dulu-dulu tengok cam best jek. Aku ikut juga senaman yang dia buat tu (yang selalu dia buat sebelum jadi Gaban dalam 0.05 saat tuu..)tapi taklak jadi Gaban. Jadi sawan adala.. huh

Maero Attack

Ada sesapa masih ingat dengan teknik ni? “Piring terbang!!” “Sommersoult berpusing”. Memang best laa cerita ni.Sampai lagu dia pun orang ingat. Entah berapa kali agaknya aku cuba buat piring terbang tapi tak jadi-jadi. Nama heroinnya Chun dan boleh tahan cun jugaklaa. Disiarkan setiap petang time hari persekolahan. Memang kalau boleh taknak miss tengok citer ni tapi bila dah bersekolah tak boleh buat apa jugaklaa.. Time-time tu macam kemaruk jee nak main bola tampar.Ceh!

Miss Comet

Cerita ni tak lama disiarkan kat TV. Mungkin atas sebab ada unsur tahyul ke hapa aku tak pasti. Ianya kisah sorang remaja perempuan dari planet lain dengan tongkat saktinya. Kira boleh buat macam-macamlaa dengan tongkat tu. Cerita ni disiarkan kat tv sekali ngan Gaban tapi tetiba jee stop termasuk cerita Gaban. Cuma Gaban bernasib baik apabila ditayangkan semula. Dalam aku cari-cari poster cerita ni ada terjumpa satu.. entah betul entah tidak.. aku letak jee tuh.. yang aku ingat baju dia warna kuning camtu jugaklaa.

Kesatria Baja Hitam

Ahah! ini memang aku minat sangat sampai sanggup ponteng sekolah agama.. burukkan? Tapi itulah penangan Kesatria Baja Hitam dengan tendangan padu mautnya. Aku masih tak lupa motor belalang tempur yang dia pakai tuh. Masa citer ni masuk TV, Gaban pun disiarkan semula. Tapi macam dah tak best tengok gaban masa tuh. Kalau sekarang pun tengok cerita ni, aku masih boleh layan lagi.. heh.

Kickers

Ini pulak cerita pasal main bola sepak. Skill diorang janganlaa ikut.. memang dasyat gile tut..! Watak utamanya Takeru. Yang paling takleh tahan bila gol keeper duk kat atas tiang gol dan pihak lawan dok berputar-putar kat udara. Kira citer ni bagi semangat jugaklaa kat team bola sepak sekolah walaupun kita tak mampu nak buat skill diorang semua tuh. Teringin nak tengok balik cerita ni.

Itu antara 10 yang menarik pada aku. Ikutkan dalam list aku ni banyak lagi.. macam Toriton, Shogun Samurai, Patlabor, Flashman, Maskman, Blue Bink dan beberapa lagi. Sekarang pun tak kurang siri-siri sebegini disiarkan kat TV kan? Aku raa macam nak cari satu masa untuk tonton kembali cerita-cerita lama tu.. sebab ia boleh mengimbau kenangan-kenangan lalu. Oklah, sebelum aku tutup cerita nih kita layan dulu satu lagu dari siri Mospeada. Ada dua versi.. kita dengar yang Jepun dulu.. heh.

kredit by Nuaeman

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...