04 May 2009

Perkara Yang Membuatkan Aku Gembira

Kakitangan awam semestinya berkursus sekurang-kurangnya 7 hari setahun. Yang membuatkan aku gembira adalah aku sudah berkursus sebanyak 8 hari bermula bulan Januari hingga sekarang. Tapi kalau ada tawaran lagi, aku terima seadanya...Aku ada apply kursus anjuran INTAN. Bukan 1 kursus tapi 2..."Tamaknya" kata orang yang jeles dengan aku..he..he..he...Ikut le apa orang nak cakap...Janji aku tak mengganggu keje orang lain. So, penuh la SKT aku tahun ni. Tahun lepas cuma kumpul 2 hari je, itupun sebab ganti orang...Kalau tak 0 la kursus aku tahun lepas. Tapi lepas ni dah tak boleh nak apply sesuka hati je, admin aku dah marah kerana (jeles) aku dapat p kursus...Selama ni pun pun aku melalui admin jugak tapi bukan pegawai cuma CC kat tempat aku je. CC ok je, dia sign dan aku hantar terus kat PSM. Maybe lepas ni dah susah nak dapat kursus jika melalui pegawai sorang ni...Pilih nama yang ong je la kot...And now, aku tengah tunggu keputusan nama aku terpilih ataupun tak untuk kursus di INTAN nanti...Dan aku terima seadanya jugak jika tak terpilih. Kursus untuk 2009 yang aku dapat pergi ialah:

  • Kursus Bahasa Inggeris Asas bertempat di Ayer Keroh Country Resort, Melaka.(3 hari)
  • Kursus Pembantu Tadbir Kesetiausahaan Cemerlang bertempat di Hotel Seri Costa, Melaka.(3 hari)Kursus ni utk P.A dan Typist aje.Kalau typist nak dijumudkan, sape nak jaga kaunter dan ganti tempat P.A, bila P.A bercuti?????????Sila jawab! Anda akan dapat 10 markah..
  • Ceramah PTK bertempat di Ofis aku je.(2 hari)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...